Label Cloud


Memancing -Cara Melepaskan lekapan pari di dasar.....

Kita sering mendengar ada pemancing semasa memancing ikan pari, menghadapi masalah untuk menaikkan ikan pari tersebut akibat ia melekap di dasar. Berbagai cara dan tips sering didengar dari kaki pancing untuk mengatasi masalah ini, antaranya
  • Menggunakan tempurung,
  • Tali pancing dibuat seperti bermain gitar,
  • Batu ladung bersama kain dicelupkan dengan pertrol dan tembakau rokok.
Persoalan nya, adakah cara ini merupakan cara yang betul atau benar?

Sebenarnya ada sedikit kekurang logiknya dengan tips-tips tersebut, kerana pada dasarnya tempurung atau barangan yang ingin dihantar ke dasar air pasti tidak mampu sampai kebawah kerna ia tersekat kerana penggunaan tanduk, cili atau batu ladung. Lainlah mata kail diikat terus pada tali utama. Teknik bermain gitar mungkin cara terbaik bagi perairan cetek tapi bagaimana getaran tali akan sampai dalam jarak yang melebihi 20 meter? Sebenarnya apabila pari memakan umpan, ia akan melarikan diri dengan tali dibawah badannya dan apabila melekap ia akan membelakangkan pemancing. Bagaimana bahagian kepala pari akan terkena temburung, tutup botol, kain petrol atau bau tembakau?

Cara terbaik untuk menghalang pari dari mendatangkan masalah ialah jangan biarkan ia melekap, ketatkan drug sistem tegangan dan menahannya dari membenam ke dasar. Sekiranya melekap juga, longgarkan 'drug' dan tunggu kerana lambat laun dia akan membebaskan diri juga. Ia terbukti dengan peserta GP Joran menaikan ikan pari dengan cara yang demikian.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin