Label Cloud


Empangan Kenyir / Kenyir Dam



Empangan Kenyir adalah lokasi memancing yang popular di Malaysia. Empangan Kenyir ini terletak di negeri Terengganu, juga dikenali dengan nama Empangan Kenyir merupakan empangan yang sangat luas dengan nama Stesen Kuasa Sultan Mahmud adalah sebuah empangan hidroelektrik utama di Terengganu. Ianya terletak merentasi Sungai Terengganu lebih kurang 50 km ke barat laut Kuala Terengganu. Binaan ini menghasilkan sebuah tasik yang besar dikenali Tasik Kenyir.

Dengan rangkaian sungai yang banyak menghubungi empangan ini, menjadikan ia sebuah lokasi memancing yang terbaik dan mencabar. Empangan yang terletak dikawasan, lembah yang cetek (shallow) ini memberikan pemancing kawasan yang luas untuk aktiviti memancing. Kawasan perkemahan memancing juga amat mudah untuk dijumpai disini.

Terdapat rumah-rumah bot, yang menawarkan perkhidmatan membawa para pemancing ke lokasi-lokasi memancing yang terbaik atau atas pilihan pemancing sendiri ditawarkan dengan harga yang berpatutan.Antara jenis-jenis ikan yang sering terdapat di sini ialah ikan toman, ikan sebarau, ikan baung (catfish), ikan lampam sungai, ikan kelisa (arowana), ikan tapah (giant catfish) dan ikan kelah.

Terdapat juga rangkaian resort-resort budget dan bertaraf kelas pertama disini menawarkan pengalaman bercuti sambil memancing yang menarik disini kepada kaki-kaki pancing.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin