Label Cloud


Kaedah Berkesan Untuk Jigging

Kaedah Berkesan Untuk Jigging


Penggunaan eco sounder atau fish finder adalah dimestikan untuk memastikan kejayaan teknik jigging. Dengan adanya kecanggihan teknologi dalam mengenal pasti lubuk-lubuk ikan tertentu, jig akan dilepaskan di tempat-tempat yang didiami oleh ikan. Dalam konteks tempatan, tidak semua ikan berjaya diperdayakan dengan kepingan besi walaupun sekali-sekala ada juga spesis-spesis tertentu yang jarang meratah jig seperti ikan merah, kerapu dan ikan-ikan dasar yang lain turut terpedaya. Antara spesis tempatan yang dikenal pasti menjadikan kepingan besi sebagai menu tetap mereka adalah seperti cupak, gerepoh, tenggiri, jenahak, senangin dan alu-alu.






Dengan adanya teknologi GPS, sekiranya spesis tertentu berjaya dikenal pasti kedudukannya, mudahlah bagi kita untuk mengulangi spot yang sama. Jig akan dibuang 10 hingga 20 kaki ke bawah dari kumpulan ikan yang dikenalpasti melalui sounder. Jigging melalui cara ini tentunya lebih berkesan daripada jigging secara membabi-buta. Janganlah, asal nampak air je nak turunkan jig.Keberkesanan jigging selalu dikaitkan dengan gaya larian jig yang kelihatan seperti anak-anak ikan yang cedera. Selain itu, ikan juga menyambar jig kerana geram dan terganggu dengan pergerakan jig. Oleh itu, kemahiran berjigging atau mengunjun adalah mustahak untuk memperdayakan mangsa.

Weather Channel StormTracker crank-operated TV wit


0 comments:

Blog Widget by LinkWithin