Tasik Banding yang terletak lebih kurang 50 km dari pekan Gerik terkenal sebagai salah satu lokasi memancing di kalangan pemancing tempatan mahupun luar negara. Tasik Banding yang terletak dalam kawasan Taman Negeri Royal Belum ini juga menyimpan pelbagai kisah-kisah misteri yang amat terkenal seperti sulur bidar dan juga cerita mengenai kewujudan ikan toman sebesar kereta Kancil...sama ada benar atau tidak hanya Tuhan yang mengetahuinya...
Tasik Banding juga menawarkan suasana hutan hujan tropika yang indah dan menenangkan. Terdapat ramai pengusaha yang menyediakan khidmat juru pandu arah bagi aktiviti jungle trekking, tapak perkhemahan dan juga pemandu lubuk bagi penggemar aktiviti memancing.
Di antara ikan yang terdapat di tasik ini yang menjadi buruan pemancing adalah seperti kelah, tengas, toman, sebarau dan kaloi. Jika bernasib baik, semasa memancing anda juga akan terserempak dengan haiwan liar yang mencari makanan di tebing tasik seperti gajah, seladang, kijang dan rusa.
Label Cloud
Tasik Banding lokasi Memancing
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
saya pernah memancing kat tasik banding.. buat trip memancing...
Post a Comment